Saturday, April 5, 2014

CINTA

Murah sangatkah kewujudan cinta yang Allah bagi?
Kenapa senang melepaskan dan memiliki?
Hingga maruah kau tercalar?
Itu cinta BODO*H namanya.
Sedangkan Allah beri cinta untuk
Kita hargai bukan dimainkan.
Susahkah hargainya teman?
Cinta yang begitu indah.
Hanya ada pada makhluk manusia.
Jika susah, jangan kau mudahkan dengan kemanisan luahan.
Jika susah, jangan kau halalkan sentuhan haram.
Jika susah, jangan kau mainkan lirikan pandangan,
Biarkan...
Biarkan sampai kau jumpa yang tepat,
Baru kau luahkan rasa cinta yang sebenar,
Kerana kau belum tahu apa itu cinta,
Yang kau tahu hanya lakonan.